Macam laporan akaun pula suku tahun pertama.. never mindla .. untuk rekod sendiri kan..cerita kebun dirumah sendiri.. tunggu masa untuk direhatkan dan semai tanaman baru..
Bila sampai sahaja di Seremban ni selepas keluarkan beg-beg dari bonet, aktiviti pertama yang dibuat ialah melawat dan meneliti perkembangan tanaman yang ditinggalkan 2-3 hari, kadang - kadang 6 hari, paling lama pun 14 hari... semoga dipermudahkan agar kami tak berpisah lama-lama. Yang pastinya yang paling subur adalah rumput dan tumbuhan liar. Memang tak larat nak maintain pertumbuhan mereka. Tak apalah. bila rajin nanti akan dicabut dan di'recycle' sebagai mulch kepada tanaman yang lain.
Apa ada pada batang bendi melidi ini? Berkawan dengan kacang tanah dan daun mangun
Ni la bendi terakhir kut ... walaupun tiada daun dah pokok ni tapi masih mampu mengeluarkan buah lagi. Kuasa Allah .. siapa boleh jangka.. suka ..
Anak-anak ulam raja yang hidup tanpa disemai.. melata-lata tumbuhnya.. berindukkan 2 pucuk yang disemai tahun lepas.. Alhamdulillah .. lepas ni tak putus bekalan ulam raja.. rumpai dah bermaharaja lela.. banyak kerja nak buat...port ni sempit sedikit sebab disebelah pokok bunga raya .. pandai-pandai la nak buat kerja kat sini.. ada pulak kepala nenas ni.. arahan big boss .. tanam la.. tapi rasanya macam tak mo je hidup.. jadi tempat penternakan siput halus pula bila diangkat dari tanah tu..
Kacang tanah tu dah boleh ke tuai.. belum rasa nak korek ...dan sedih nak tengok batang yang dah kosong ni.. tiada lagi lilitan chayote yang ceria dan timun jepun.. hujan dan panas berselang-seli tidak membantu.. belum mahir jadi ahli forensik tumbuhan lagi.. tapi yang pasti panas mendadak .. pokok mangun ni makin ceria.. dah lebar tapak tangan daunnya.. dah dipatahan dan dibiakkan .. alhamdulillah
tomato ceri segan nak hidup.. dah berpesta serangga bedak putih tu.. lelabah ni pun tak leh bantu..pokok macam cacat.. kembung sana sini..sudah dikerat bahagian atas dan menunggu pucuk baru.. semoga berjaya dipulihkan..
Carrot purple ni masih bertahan..
Bunga telang juga telah menjadi kacang.. boleh buat apa ya dengan kacang ni...
5 ulasan:
carrot purple yg survival!
betul bendi dan terung sgt bertahan walaupun togel..buah nya tetap ada..
oh tak saba nak tgk carrot k.mar
betul la nadia tk sabar nk tgk perkembangan carrot tu..
Wah laporan kebun Kak Mar lebih menarik dari akaun kat opis ;). Macam-macam tanaman ada di kebun Kak Mar sekarang. Cayalah carrot purple tu.
salam k mar,
banyak nye ulam raja.Tumbuh sendiri ke ulam raja tu?..
Catat Ulasan